12.8.12
Fenomena
pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di
ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.
Ketua Unit
Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos
Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana
cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran
meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan
debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran
meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet
Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,"
katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata
apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi
orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu
inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran
meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments: