//**--- MOHD SHAHREZZO ARIF ---**//
Memaparkan catatan dengan label Media Semasa. Papar semua catatan

SKMM : Denda Sehingga RM500,000 Bagi Mereka Yang Mengodam Sambungan WiFi

Umum mungkin sedia maklum akan yang mana mencuri sambungan WiFi daripada pemilik lain adalah suatu kesalahan, dan kini pihak SKMM dilihat menekankan perkara berkenaan. Mengikut apa yang dikongsikan oleh SKMM, kedua-dua pihak, iaitu mereka yang mengodam sambungan WiFi, dan mereka yang menyediakan peralatan untuknya adalah bersalah dibawah Seksyen 236 dan 239 (Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998).
Perkara ini ditekankan semula oleh pihak SKMM dengan pelbagai peralatan yang dijual oleh ramai pihak akhir-akhir ini yang membolehkan seseorang mengodam dan menggunakan rangkaian WiFi pihak lain tanpa kebenaran.
Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity Malaysia turut mengatakan yang mana pengodaman sambungan WiFi kini adalah mudah, apatah lagi dengan pelbagai perisian yang disediakan di internet.
Apa pun, sebagai langkah mengelakkan rangkaian WiFi anda dicuri, ia dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sukar (gabungan pelbagai abjad, angka dan simbol), serta memasang firewall untuk rangkaian anda.
Sumber Rujukan: The Star
read more

BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS RAMAI TERPERANGKAP



"Kira-kira 50 penumpang berada di dalam bas itu kerana sebilangan berdiri. Setakat ini, 9 mangsa berjaya dibawa naik  oleh pasukan penyelamat, seorang daripada mereka  maut. Penumpang, Melayu, Cina,  warga Bangladesh pun ada," kata sumber berkredibiliti saya.

Mangsa berjaya diselamatkan kemudian diberikan bantuan kecemasan sebelum antara mereka dihantar ke Hospital Selayang dan Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi dan berkemungkinan besar kebanyakkan mangsa di dalam bas  mengalami kecederaan parah akibat terhumban pada ketinggian lebih kurang 50 meter.





read more

‘Bom’ dari siling



Kota Bharu: Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/19

read more

Ibu tunggal maut lepas beli santan, ikan bilis


KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak sempat pulang memasak apabila maut dalam kemalangan berdekatan Kampung Hamzah, dekat sini, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Azirawati Azri, 33, menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Perisai Wira setelah selesai membeli barangan keperluan di Pasar Kuala Krai.

Mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah kereta yang berada di laluan sama dan dipercayai hendak masuk ke simpang kiri ketika kejadian.

Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Adik mangsa, Ayuni, 24, berkata, kakak sulungnya keluar awal ke pasar untuk membeli santan seterusnya berhasrat memasak sayur terung untuk hidangan mereka keluarga.

“Dia keluar awal sebab nak beli barang memasak. Saya tak tahu kejadian sehinggalah dihubungi bapa, Azri Yusof, 54, kira-kira jam 8.49 pagi.

“Bapa beritahu along kemalangan dan dia dah tak ada. Bapa suruh maklumkan pada ibu elok-elok sebab takut ibu terkejut,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Ayuni berkata, arwah pernah menyuarakan hasrat berkahwin semula selepas adik keduanya, Atirah bersalin yang dijangka awal tahun depan.

“Arwah pernah menyuarakan hajat kahwin semula selepas tujuh tahun hidup sebagai ibu tunggal. Dia berhasrat menyerahkan tugasnya mengasuh anak-anak jiran kepada saya.

“Saya maklumkan pada dia tidak perlu bincangkan hal itu sebab lambat lagi, kami memang tak sangka arwah pergi begitu saja,” katanya.

Difahamkan, kematian Azirawati adalah kehilangan kedua keluarga ini kerana 28 Julai lalu, ibu Azri, Esah Amah, 77, meninggal dunia akibat penyakit berkaitan paru-paru di Sungai Pas.

Ibu arwah, Ramlah Mat, 52, berkata, malam sebelum kejadian, anaknya ada memberitahu hendak keluar beraya di rumah kawan keesokan harinya.

“Dia kata nak keluar beraya dan nak masak awal pagi. Saya kata saya nak makan sambal petai tetapi ikan bilis tiada.

“Dia ke pasar untuk beli santan, ikan bilis dan beberapa barang lain. Lama saya tunggu, dia tak balik hinggalah suami telefon dan jiran datang beritahu arwah kemalangan.
"Tak tahu macam mana lepas ni sebab selama ni arwah yang uruskan rumah, hantar anaknya dan adiknya ke sekolah, serta bawa saya ke hospital,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai selepas solat Asar semalam.

Adun Manik Urai, Fauzi Abdullah antara yang awal hadir ke bilik mayat bertemu keluarga mangsa.

Arwah meninggalkan seorang anak lelaki, Shahrul Afiq Shaharun, 10 tahun.

SINAR HARIAN

read more

Proton Suprima S dilancar


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Proton Suprima S, model kereta terbaharu yang dilancarkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) dilihat sebagai kereta keluaran negara terbaik yang bertaraf dunia pada harga mampu milik.
Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, model 'hatchback' terbaharu itu yang dilengkapi pelbagai teknologi termasuk dari segi keselamatan terkini dilihat mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk memiliki Proton Suprima S.
Malah beliau memberitahu, model kereta itu yang akan dieksport dalam tempoh terdekat dilihat mampu menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya dapat melonjakkan syarikat automotif negara itu ke satu tahap baharu.
"Model terbaharu ini memenuhi cita rasa pelanggan tempatan dan global yang seterusnya akan menjadikan Proton sebagai pengeluar kereta berkualiti antarabangsa pada harga berpatutan.
"Saya juga berharap orang ramai akan terus menyokong kereta keluaran Proton dengan membeli model Suprima S ini yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini pada harga mampu milik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta terbaharu keluaran Proton, Suprima S 'hatchback' di dewan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman.
Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM76,338 seunit manakala varian Premium pula pada harga RM79,638 seunit.
Dalam masa sama, Dr. Mahathir melahirkan melahirkan rasa bangga dengan kelengkapan canggih serta kejuruteraan Suprima S yang semakin menunjukkan peningkatan ketara.
Kata beliau, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pakar-pakar dalam kalangan anak tempatan itu menjadikan model Suprima S itu sebagai kereta terbaik keluaran Proton yang dapat memenuhi kehendak pasaran termasuk antarabangsa.
"Saya harap persepsi Proton merupakan pengeluar kereta murah dengan berkualiti rendah dapat ditamatkan kerana syarikat ini telah berjaya mengeluarkan kereta setanding dengan pengeluar kereta berjenama terkenal lain," ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Khamil pula memberitahu, model Suprima S itu akan mula dieksport dalam tempoh terdekat bermula di ASEAN dan seterusnya ke negara lain seperti Australia.
Menurutnya, Proton telah memberi perhatian dalam meningkatkan semua aspek Suprima S khususnya ciri-ciri keselamatan.
"Proton Suprima S ini merupakan model yang didatangkan dengan standard keselamatan terbaik termasuk Australian New Car Assesment Program (ANCAP).
"Ini adalah masa depan kita membayangkan untuk semua produk dan perkhidmatan kami serta tanda aras kepada standard kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan," katanya.

read more

Kerabat Diraja Parah, Seorang Maut




GUA MUSANG 17 Ogos - Seorang lelaki maut, tiga kerabat diraja Kelantan parah manakala empat yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang - Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk di sini pagi ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Saiful Bahri Awang, 41, manakala tiga yang cedera parah ialah Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, serta dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34 , serta Tengku Farini Amelina, 26.
Bapa kepada tiga beradik itu, Tengku Feissal Sultan Ibrahim adalah sepupu kepada ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Isteri Mohd. Saiful Bahri, Siti Nor Fazlina Mohamad, 34; pemandu kereta jenis Proton Persona, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, serta pasangan suami isteri, Yusri Ismail, 31 dan Faradila Kadir, 30, yang menaiki Perodua Alza cedera ringan dan dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).
Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Tengku Ibrahim Farihaddin hilang kawalan lalu bertembung dengan tiga buah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Beliau berkata, pertembungan itu telah menyebabkan Mohd. Saiful Bahri yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua buah kereta lagi terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter.
"Proton Saga itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Persona, Proton Iswara dan Perodua Alza.
"Pemandu Perodua Alza berjaya mengelak dan hanya terkena sedikit sahaja rempuhan. Pertembungan itu telah menyebabkan kereta jenis Proton Iswara dan Proton Saga yang dipandu Mohd. Saiful Bahri serta Tengku Ibrahim Farihaddin terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan salah seorang daripada kerabat diraja Kelantan itu tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki akibat rempuhan kuat.


read more

Hacker can Steal Corporate Passwords from Windows Phone


Passwords from Windows Phone


Over the last weekend, Microsoft issued a Security Advisory (2876146) suggesting that they are aware of a security issue that makes Windows Phone (versions 8 and 7.8) vulnerable to attack. In fact, based on the evidence of a vulnerability in PEAP-MS-CHAPv2 authentication, an attacker can compromise the entire corporate network after obtaining the victim's domain credentials. In short, the attacker uses a device to pose as a valid Wi-Fi access point. Windows Phone attempts to connect to the fake Wi-Fi network and exposes the domain credentials.
There is currently no patch available and no active attacks, but Microsoft is providing descriptive guidance to help curb the potential for unauthorized entry. In the Security Advisory, Microsoft details how to force Windows Phone 8 to require a certificate when connecting to a wireless access point.
Read the full guidance here: Microsoft Security Advisory (2876146)

Sumber = http://windowsitpro
read more

MALAYSIA AKAN 'DILANDA' HUJAN METEOR

12.8.12

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.


Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.

read more

JURURAWAT DITEMUI TERGANTUNG DALAM BILIK




GAMBAR HIASAN



KUANTAN - Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.
 
"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya hari ini.
 
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.
 
"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.
 
Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira 6.30 petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 30 tahun merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.
 
Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama
read more

Lima kes tembak dalam 48 jam




KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima lagi kejadian tembak termasuk satu mengakibatkan mangsa maut dilaporkan berlaku dalam tempoh 48 jam lalu di ibu negara, Pulau Pinang dan Perak.
Di ibu negara semalam, seorang pemandu teksi berusia 27 tahun cedera di tapak tangan dan paha kiri selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang didakwa dijumpai dalam beg sandang di tempat belakang duduk kenderaannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa mendakwa telah menemui sebuah beg sandang di belakang teksinya selepas menghantar penumpang di Sri Hartamas di sini.
"Menurut mangsa, dia tertembak diri sendiri ketika cuba mengeluarkan kelongsong peluru dari senjata terbabit dan tembakan tersebut telah menembusi tapak tangan kiri dan peluru tersekat di bahagian paha kirinya," katanya kepada pemberita di sini.
Di PULAU PINANG, tiga kejadian tembak berlaku dalam tempoh tidak sampai 12 jam yang mana seorang mangsa maut merupakan bekas tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, K. Veerapan, 37, maut selepas terkena beberapa das tembakan dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal ketika memberhentikan kereta BMW dipandunya di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini pada pukul 11.45 pagi semalam.
Beliau berkata, polis menemui 14 kelongsong peluru 9mm berdekatan kereta terbabit dan pihaknya percaya mangsa ditembak ketika melalui kawasan berkenaan kerana enjin keretanya masih hidup sewaktu polis sampai di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.
Kong Meng berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala kereta dipandu dipercayai milik rakannya.
Terdahulu pada pukul 1.15 pagi semalam, Kong Meng berkata, satu lagi kejadian tembakan berlaku di sebuah banglo milik seorang peniaga di Jalan Utama, Pulau Tikus.
Dalam insiden itu, katanya, mangsa, Teoh Shaw Ghee, 29, dan ahli keluarganya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan di luar kediaman mereka.
"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu kerana enam das tembakan dilepaskan penjenayah cuma mengenai bahagian dinding dan tingkap rumah mangsa," katanya.
Kejadian tembakan ketiga di Pulau Pinang berlaku pada pukul 12.50 tengah malam tadi membabitkan seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan yang cedera parah di paha akibat terkena tembakan dilepaskan seorang suspek memakai topi keledar.
Menurut Kong Meng, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa, Chong Peng Meng, 43, ketika dia turun dari kereta BMW yang dipandunya.
Mengulas lanjut mengenai motif kejadian, beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang mencederakan Peng Meng itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.
Di IPOH, seorang lelaki berusia 29 tahun yang sedang memandu cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra dekat Chemor semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua anggota keluarga mangsa turut berada di dalam kereta terbabit.
Bagaimanapun menurutnya, kedua-dua anggota keluarga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Suspek yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan sebelum melepaskan sekurang-kurangnya enam das tembakan yang cuba disasarkan ke arah mangsa," katanya kepada pemberita di sini.


read more
Blogger Template by Clairvo