//**--- MOHD SHAHREZZO ARIF ---**//

Sayangilah Seadanya

Sayangilah Seadanya... YE KE ??

  •  Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita. 

  •  Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. 

  • Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan.. Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita.. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. 

  • Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita. Tapi sayang tak bermakna cinta. Cinta hanya satu, tak mudah untuk jatuh cinta walaupun mudah untuk menyayangi. Sebab bagi saya, cinta tu terlalu tinggi nilainya. Cinta tak boleh di paksa, tak boleh buat-buat cinta, tak boleh di jual beli, tak boleh cari di mana-mana. 

  • Ia hadir sendiri tanpa di rancang. Ramai orang keliru dengan cinta, sayang dan suka. Cinta adalah untuk hidup bersama dengannya selama-lamanya, tapi sayang dan suka cukuplah untuk menemani kita sahaja. Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. 

  •  Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. 

  • Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya. HAhaha :D

0 comments:

Blogger Template by Clairvo